“Tiit…tiit.. tiit.. tiit..”. Telefon bimbitku bordering menandakan ada pesanan SMS yang masuk. Jiranku merangkap kawan baik masa sekolah agama petang kecik-kecik dulu =)
“Salam. Apa khabar. Lama tak dengar berita. Sekarang tengah cuti kan? InsyaAllah jumaat malam ni kami sekeluarga nak jemput awak datang kenduri tahlil arwah abang kat rumah saya. Lepas maghrib tau. Ajak la sekali satu family”
Dipendekkan cerita malam yang dijanjikan kami pun memenuhi jemputan ke majlis kenduri tahlil tersebut. Setibanya kami di sana majlis baru hendak bermula. Tidak seperti kebiasaan kenduri tahlil hanya membaca Yaasin dan Tahlil. Tetapi majlis ini dimulakan dengan bacaan Surah Dhuha hingga An Nas, berzanji dan tahlil. Ini bukanlah perkara yang hendak dibincangkan sangat.
Semasa kami sibuk membaca kalimah-kalimah suci Ilahi kelihatan beberapa orang yang datang lewat. Apa yang menarik perhatianku adalah sebuah keluarga, ada ayah, mak, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan. Tatkala melihat family ini terdetik dalam hati “ Family ini mesti hebat. Mak dan ayahnya nampak alim. Anak-anak perempuannya pun dari kecik dah diajar memakai tudung labuh”
Aku duduk berhampiran dengan ayahku. Berhampiran denganku juga adalah bapa family yang aku cakap tadi bersama anak-anaknya. Baiknya bapak tu hingga menyuapkan anak-anaknya makan. Mungkin dia sedar tuntutan Islam untuk berlaku baik kepada anak-anak.
Tatkala makan aku hanya berdiam diri mendengar orang-orang tua bersembang. Aku tak ambil peduli. Janji perutku kenyang. Hehehe. Sesekali mataku menjeling melihat gelagat anak beranak itu sehingga la satu babak yang sangat terkesan di hati ini.
"Ayah, nak air”, pinta salah seorang anak perempuannya itu tatkala bapanya baru sahaja menyuapkan nasi ke mulut anaknya.
“Ish.. tak elok la bila makan asyik nak minum air je. Tunggu habis makan baru minum air”, jawapan seorang bapa dengan penuh hikmah.
Budak itu berdiam diri seketika sambil matanya memerhatikan diriku yang betul-betul berada di hadapannya. Mungkin dia ligat berfikir. Keliru. Keliru dengan apa yang didengar dari bapanya dan apa yang dia sedang perhatikan. Tingkah laku ku ketika itu tidak ubah sepertinya. Makan bersulam minum air.
Aku terkesima beberapa saat. Rasa nak tersembur je nasi berlauk daging kicap yang aku tengah kunyah. Malunya!!! Mungkin kalau ada yang nampak muka aku ketika itu pasti perasaan perubahan wajahku yang merah bagai udang kena bakar. Tak senang duduk!!
Terus bapak budak kecik itu memalingkan muka melihat arah yang ditunjukkan oleh anaknya. Aku tersipu-sipu malu. Dia pun tersipu-sipu malu dengan sikap anaknya.
MasyaAllah!!! Mudahnya kalau Allah nak mentarbiyah (mendidik) seseorang itu. Allah boleh mentarbiyah seseorang itu dengan pelbagai cara.
Alam sekitar, haiwan, penyakit, kemiskinan, kekayaan, nyamuk. Budak Kecik! Semuanya boleh dijadikan asbab untuk kita menerima tarbiyah dan hidayah dariNya. Subhanallah. Thank you Allah!!
Alam sekitar, haiwan, penyakit, kemiskinan, kekayaan, nyamuk. Budak Kecik! Semuanya boleh dijadikan asbab untuk kita menerima tarbiyah dan hidayah dariNya. Subhanallah. Thank you Allah!!
“Sesungguhnya Allah tidak segan untuk membuat perumpaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun oang-orang yang beriman, mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?” Dengan (perumpamaan) itu banyak yang orang yang dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak pula yang diberiNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik”
(Al Baqarah : 26)
(Al Baqarah : 26)
4 comments:
Subhanallah,,sungguh mnrik kisah awk ni..sy sdri bleh tbygkan wjh awk swktu d tgur tu..tp alhamdulilah,skrg2nya awk dpt bljr sstu yg bru&bkongsi dgn sy,syukran..ingt stu ni umur xmnjadikn seseorg matang,dewasa mgkin,alhamdulilah jga sbb awk d plih..
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.Al Israa’97
hurm,komen xsbrapa>>Sahabat>>
masyaAllah..maha besarnya kasih-sayang Allah pd kte..
wan,nnt ko cuti kte main boling ek..insyaAllah..
teringat kisah hasan& husin, cucu rasulullah yang menegur seorang lelaki yg lebih tua drpd mereka tertib mengambil wuduk.
ainshams: tu merupakan kisah bgmana cucu Rasul menegur orang dengan penbuh hikmah
sahabat: terima kasih
adib: jom.. dah lama tak main bowling dgn ko
Post a Comment