Sian dia.. penat berpuasa:)
"Ya Allah, kejapnya dah 15 Ramadhan", keluhku sendirian tatkala melihat kalendar di depan mejaku.
Pejam celik, pejam celik dah 15 Ramadhan. Rasa macam baru semalam start puasa. Rasa macam baru je beberapa hari buka puasa. Rasa baru je beberapa malam tarawih di masjid-masjid dan surau-surau.
Betul la apa yang pernah ku dengar bahawa pada akhir zaman ini, masa akan dirasakan terlalu cepat masa berlalu. Masa yang ada sekarang ini terlalu sedikit dengan kerja-kerja seharian kita. Malah mujahid Islam yang sangat kita kenali yang juga merupakan pengasas gerakan Islam Ikhwanul Muslimin juga pernah mengatakan bahawa:
" Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada"
Sekarang mari kita sama-sana nuhasabah diri.
- Apakah amalan kita sudah lakasnakan sepanajang 15 Ramadhan yang pertama?
- Adakah amalan kita hanya kerana melaksanakan perintah Allah dan mencari ganjaran dan rahmatNya? Atau kita bersedekah, kita bertadarus, kita memberi makan orang yang berpuasa kerana niat lain? Niat mencari redha makhluk?
- Adakah kita lebih banyak tidur di siang hari dari melakukan amalan-amalan sunah lain lantaran kerana terlalu penat?
- Adakah kehidupan seharian kita di bulan Ramadhan sama sahaja dengan amalan pada bulan-bulan lain?
- Adakah kita berusaha menambah amalan-amalan sunat?
- Apakah kita tertunggu-tunggu dan tidak sabar-sabar dengan kedatangan 1 Syawal untuk menyambut atau kita merasa sedih lantaran Ramadhan semakin meninggalkan kita?
- Paling penting, adakah amalan puasa kita ini mendidik sifat ketaqwaan kepada Zat yang Maha Agung, Allah?
" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan pada golongan terdahulu dari kamu, supaya kamu menjadi orang yang BERTAQWA"
Tanya iman tanya hati. Sesiapa yang benar menjiwai Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan maka beruntunglah dia. Sangat sangat beruntung!
Sedangkan sesiapa yang masih leka dan tidak bersungguh-sungguh beramal dalam Ramadhan ini, BANGKITLAH! Peringatan ini khusus kepada diri sendiri yang sering alpa dan leka:(
Gunalah masa yang berbaki ini dengan sebaiknya. Gunakanlah ruang dan peluang ini. Jangan dipersiakan.
Hari ini adalah hari ini
Hari ini bukan hari semalam yang sudah berlalu,
Hari ini bukan hari esok yang tak pasti akan kita lalui.
SELAMAT BERAMAL. SELAMAT MENCARI REDHA ALLAH!! :-)
3 comments:
londeh..ade blog xnak cakap..suke ngan post2 ko..keep up the gud work bro...
biasala.. org tawadu' nih lain.. (^_^).. ke guane?
papepun keep up this gud effort..
wslm
ala.. bukan ape..
saje je nak blaja2 mnulis..
lagipon nak gak blaja ilmu tknini..
mane la tau leh gna kan utk pkra bmnfaat insyaAllah..
Post a Comment