Wednesday, October 21, 2009

~Apa yang ku cari dalam hidup ini?~

Subhanallah!! lihat burung tu. Dia pun berzikir pada Allah. Kita pula macam mana?


Satu ketika tatkala aku bersendirian jauh dari kesibukan dunia, mencari ketenangan diri dek kerana pemikiran kusut dengan kerja-kerja duniawi maka ketika itu aku bermuhasabah diri.

Aku merenung jauh memikirkan diri ini mengenang dan mengimbau peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam diriku ini. Hati dan jiwa ini kusut sangat. Kusut. Bingung. Gundah gelana. Dalam kata lain hati ini tak tenang.

Kenapa aku tak tenang? apa yang menyebabkan hati ini rasa macam tak kena je. Sebenarnya apa yang ku cari dalam hidup ini. Persoalan inilah yang selalu bermain ligat dalam kotak fikiranku kebelakangan ni.

Dari awal pagi aku membersihkan diri, mempersiapkan diri untuk melalui sehari lagi dalam hidup ini. Bekerja tanpa henti, mencari ilmu menyiapkan assignment, bercengkang mata sehingga larut malam. Itu ketika aku sedang disibukkan dengan tugasan. Mungkin ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya terisi juga la masa aku dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Tapi ketika hati ini kosong, ketika masa lapang aku mencari sesuatu yang dapat menghiburkan hati. Apa yang aku buat? Paling tidak pun aku melayari internet dan yang paling aku selalu bukak jaringan sosial macam Friendster, Facebook, Tagged dan lain-lain. Ada masa aku leka bermain game. Kalau ada duit sket aku pergi main bowling.

Tapi terhibur ke hati aku ini?

Ya! Terhibur!

Tapi terhiburnya hati ini hanya sementara sahaja.

Hati ini masih merasakan tidak sempurna.

Hati ini masih mencari ketenangan hakiki.

Hati ini masih kosong. Hati ini masih gundah gelana!

Aku merenung langit biru yang cerah. Aku melihat ombak-ombak silih berganti menghampas pantai. Camar-camar laut riang berkicauan. Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu menyapa pipiku seolah-olah ingin menemani hatiku yang pilu ini. Bahagianya aku melihat alam iniyang begitu indah yang tak putus-putus bertasbih memuji Al-Khaliq.

Bertasbih? Memuji Allah?

Masya Allah! Aku ni manusia! sebaik-baik penciptaanNya. Namun aku sendiri jarang memujiNya. Malunya aku pada makhluk Allah yang lain. Malunya aku pada ikan di lautan. Malunya aku pada gunung ganang, bintang-bintang dan planet di alam raya. MAlunya aku pada pepohon di hutan belantara. Anjing dan babi pun bertasbih memujinya. Dan lebih-lebih lagi la sepatutnya aku malu pada ALLAH.Serta merta aku teringat firman Allah dalam kitab sucinya yang bermaksud:

" Dengan meningati Allah hati-hati akan menjadi tenang"

Mungkin ini lah jawapan yang aku cari selama ini. Mungkin inilah ubat untuk merawat jiwa yang lara ini. Dan pasti dan memang pasti janji Allah tidak ada yan tidak benar. Melainkan benar belaka. Wahai jiwa inilah masanya untuk berubah.
Wahai diri lawanlah nafsumu. Carilah ketenangan hakiki dengan meningati Allah dalam setiap tindakanmu


Jadikan Al Quran penawar hati, ZIKRULLAH penghibur hati, SOLAT pelindung diri, TAQWA baja dalam taman hati & kepada ALLAH jua kita kembali. Hiasilah malam dengan qiamullail.


"Ya Allah yang menguasai hati-hati hambaMu, pimpinlah diri ini ke jalan ketaatan kepadaMu. Ya Allah yang menguasai jiwa hamba Mu ini, Kau berikanlah ketenangan pada hati ini Ya Allah. Amin"



Friday, September 4, 2009

Dah 15 Ramadhan?



Sian dia.. penat berpuasa:)


"Ya Allah, kejapnya dah 15 Ramadhan", keluhku sendirian tatkala melihat kalendar di depan mejaku.

Pejam celik, pejam celik dah 15 Ramadhan. Rasa macam baru semalam start puasa. Rasa macam baru je beberapa hari buka puasa. Rasa baru je beberapa malam tarawih di masjid-masjid dan surau-surau.

Betul la apa yang pernah ku dengar bahawa pada akhir zaman ini, masa akan dirasakan terlalu cepat masa berlalu. Masa yang ada sekarang ini terlalu sedikit dengan kerja-kerja seharian kita. Malah mujahid Islam yang sangat kita kenali yang juga merupakan pengasas gerakan Islam Ikhwanul Muslimin juga pernah mengatakan bahawa:

" Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada"

Sekarang mari kita sama-sana nuhasabah diri.
  • Apakah amalan kita sudah lakasnakan sepanajang 15 Ramadhan yang pertama?
  • Adakah amalan kita hanya kerana melaksanakan perintah Allah dan mencari ganjaran dan rahmatNya? Atau kita bersedekah, kita bertadarus, kita memberi makan orang yang berpuasa kerana niat lain? Niat mencari redha makhluk?
  • Adakah kita lebih banyak tidur di siang hari dari melakukan amalan-amalan sunah lain lantaran kerana terlalu penat?
  • Adakah kehidupan seharian kita di bulan Ramadhan sama sahaja dengan amalan pada bulan-bulan lain?
  • Adakah kita berusaha menambah amalan-amalan sunat?
  • Apakah kita tertunggu-tunggu dan tidak sabar-sabar dengan kedatangan 1 Syawal untuk menyambut atau kita merasa sedih lantaran Ramadhan semakin meninggalkan kita?
  • Paling penting, adakah amalan puasa kita ini mendidik sifat ketaqwaan kepada Zat yang Maha Agung, Allah?
" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan pada golongan terdahulu dari kamu, supaya kamu menjadi orang yang BERTAQWA"


Tanya iman tanya hati. Sesiapa yang benar menjiwai Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan maka beruntunglah dia. Sangat sangat beruntung!
Sedangkan sesiapa yang masih leka dan tidak bersungguh-sungguh beramal dalam Ramadhan ini, BANGKITLAH! Peringatan ini khusus kepada diri sendiri yang sering alpa dan leka:(

Gunalah masa yang berbaki ini dengan sebaiknya. Gunakanlah ruang dan peluang ini. Jangan dipersiakan.

Hari ini adalah hari ini
Hari ini bukan hari semalam yang sudah berlalu,
Hari ini bukan hari esok yang tak pasti akan kita lalui.

SELAMAT BERAMAL. SELAMAT MENCARI REDHA ALLAH!! :-)



Monday, August 24, 2009

Harapan Ramadhan




Harapan Ramadhan

Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


Ramadhan.. Saya Rindu Sangat kat Awk:)

"Ramadhan.. saya rindu sangat kat awak..dah 11 bulan saya tunggu awak... akhirnya awak datang juga.Rindu sangat kpd awak".

Ramadhan kini menjelma lagi. Sifat orang yang beriman pastinya sangat merindui kedatangan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan pelbagai ganjaran apabila beramal di dalamnya. Rindu ini pastinya mengatasi rindu sang pencinta terhadap kekasihnya yang ditinggalkan selama 11 bulan.

Kalau sang pencinta merindui kekasihnya sehingga teringin sangat nak berjumpa dengan kekasihnya. Membuak-buak hati apabila masa bertemu semula dengan kekasihnya semakin hari semakin tiba. Begitulah juga dengan orang yang beriman yang terlalu merindui untuk bertemu semula dengan Ramadhan.

Dalam bulan inilah jiwa dan semangat untuk beramal berkobar-kobar. Ganjaran-ganjaran yang tersedia dalam bulan Ramadhan tidak disia-siakan. Seawal pagi sudah pun bangun berwudhu' mensucikan diri lantas merintih, menangis dan menghina diri di hadapan Dzat yang Maha Agung, Maha Suci dari segala kekurangan. Tahajud, Taubat, Hajat, Istikharah, Witir merupakan rutin harian bagi hamba-hamba yang cintakan Penciptanya, Allah. Apatah lagi dalam kemuliaan Ramadhan ini, maka bertambah-tambahlah amalan mendekatkan dirinya kepada Allah. Tidak dilupakan juga istighfar dan zikir-zikir menenangkan jiwa. Lalu bercucuranlah air mata sang hamba lantaran mengenang dosa-dosanya yang lalu.

Setelah itu ia pun bersahur dengan sekadar yang ada. Dia tidak ingin meninggalkan sahur kerana ia yakin bahawa di sebalik sahur itu ada keberkatan. Setelah azan dilaungkan maka bersegeralah sang hamba ke masjid menunaikan Solat Subuh berjemaah.

Kehidupan sehariannya tetap diteruskan. Bekerja mencari rezeki Allah yang halal. Namun sedikit pun tidak melalaikan sang hamba dari terus berzikir mengingati Allah. Solatnya juga tidak pernah ditinggalkan berjemaah di tempat azan dilaungkan. Masa rehatnya di bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan tadarus al-Quran dan menambah kefahaman Islamnya dengan membaca buku-buku agama.Begitulah kehidupan sang hamba sehingga tidurnya kembali. Sang hamba sangat menggunakan peluang tatkala syaitan-syaitan dibelenggu untuk meningkatkan ketaqwaannya kerana Sang Hamba beriman dengan ayat dari Kekasihnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Al-Baqarah : 183

Sang hamba juga yakin dengan hadis Ar-RAsul s.a.w:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
-Muttafaq 'alaih

Begitulah kehidupan orang-orang beriman yang tidak mensia-siakan peluang yang Allah beri pada bulan Ramadhan ini. Tanya diri, tanya iman, adakah amalan kita pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain sama sahaja berada pada takuk yang lama? Alangkah ruginya kita jika sedemikian rupa.

Moga dengan tarbiyah yang kita lalui sepanjang Ramadhan ini akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat, yang kukuh ruhiyy, kuat aqliy, muslih qalbiy dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله


'Ya Allah jadikahlah aku beramal dengan apa yang aku perkatakan. Kecelakaan besar bagiku jika berkata tetapi tidak beramal dengan apa yang diperkatakan.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus beramal dan menjadi hamba-hamba yang Engkau cintai dan kau redhai.Amin"



Saturday, June 13, 2009

Pemergian Ustaz Fathi Yakan: Satu Kehilangan Besar


Hari ini selepas solat maghrib saya tergerak hati untuk membelek handphone saya kalau2 ada mesej atau miss call yang terlepas. Alangkah terkejutnya saya apabila membaca mesej dari sahabat saya Shahrin dari IPIS yang berbunyi seperti berikut:-

Slm.. brite yg bru dtrima dpd syria.. tokoh gerakan Islam yg sgt kta segani Sheikh Dr. Fathi Yakan pengarang buku Apa Erti Saya Menganut Islam telah meninggal dunia.. alfatihah..

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. Sesungguhnya dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Berita ini memang cukup mengejutkan dan menyedihkan bagi saya. Saya sangat mengagumi beliau sebagai seorang tokoh gerakan Islam yang sangat hebat. Malah bukunya yang mahsyur "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" beberapa kali saya membacanya. Malah tulisan beliau dalam buku tersebut sering kali menjadi rujukan utama dalam perbincangan-perbincangan usrah dan sebagainya.

3 perkara yang anak Adam tinggalkan apabila menyahut seruan Ilahi: anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat. Alhamdulillah sekurang-kurangnya Alfadhil Ustaz telah mewariskan ilmu yang bermanfaat kepada umat Islam hari ini.

Sehingga post ini ditulis, saya masih belum dapat mengetahui secara terperinci mengenai berita ini iaitu berkaitan bila dia menghembus nafas terakhir dan apakah puncanya. Namun, sebagai seorang Muslim, sama-samalah kita mendoakan agar beliau ditempatkan dalam orang-orang soleh dan diterima segala amalannya.Amin..

Namun, perkara paling penting walaupun kita semua sedih dengan pemergian ini, terutama bagi yang mengenali beliau, mengenali perjuangan beliau, kita perlu teruskan hidup ini. Selagi mana nyawa dikandung badan selagi itu perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini perlu diteruskan. Inilah perjuangan Islam! walaupun tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin yang ikhlas menegakkan agama Allah ini satu per satu pergi menemuiNya namun perjuangan Islam tidak pernah terkubur sebagaimana perginya pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dari dulu sehingga hari kiamat.

Berikut adalah sedikit biodata Alfadhil Ustaz Fathi Yakan yang dipetik dari sebuah blog

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?


Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah
ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.




Sunday, June 7, 2009

Konflik dalam diri!!



"JANGAN!!! aku kata JANGAN!!" imanku memberontak..

"takpe.. kali ni je..."nafsu pulak main peranan.

"tak boleh.. aku dah janji tak nak buat lagi.."

"ala orang lain bukan tau pun kau berjanji tak nak buat lagi pun"... nafsu semakin memainkan peranan...

"tapi aku janji dengan Allah!!"... iman masih tegar melawan..

"ala.. nanti taubat la balik.."...

Inilah yang selalu terjadi dalam diri manusia. Pertembungan iman vs nafsu, pertembungan iman vs syaitan yang tidak pernah putus sehinggalah roh kite kembali pada Pencipta diri. Adakalanya pertembungan ini dimenangi iman adakala nafsu dan syaitan berjaya menguasai diri.

Adakalanya pertembungan ini berlaku dalam keadaan mudah je salah satu pihak nak menang. Tapi ada kalanya pertembungan ini sangat sukar sehingga menyiksa diri. Itulah yang menyebabkan selalunya berlaku konflik dalam diri..

Susahnya nak membuat pilihan. Hati ingin sekali melakukan kebaikan dan kebajikan. Berebut-rebut mencari pahala dan redha Allah. lebih bersemangat kalau baru je balik dari program-program agama macam ceramah dan sebagainya. tak pun bila dengar nasyid2 yang menyubur jiwa.. lantaran ketika itu iman lah yang menang. bersungguh-sungguh dalam amalan. Masa tu la kembali menjaga solat awal waktu, semangat ke kedai buku membeli buku-buku agama, alquran tak tinggal dengan terjemahannya sekali.

Namun nafsu dan syaitan yang tewas ketika itu tidak pernah rase putus asa untuk terus memujuk merayu. Sekali kalah tidak semestinya kalah selama-lamanya! itulah nafsu.. dan itulah juga syaitan. Akhirnya kita tewas juga bukan sekali tapi berkali-kali. begitulah silih berganti..

Lagi kuat kita mencari cinta Allah, lagi kuat jugalah iman diuji. Lagi banyak amalan lagi banyak dugaan. Lagi dibuang jauh-jauh perkara yang menjauhkan dari Allah lagi dekat dia datang.Mungkin inilah yang diceritakan dalam lagu Damba Kasih-Inteam

"Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu"

Namun bagi orang yang bersangka baik dengan Allah, menganggap ujian ini bukanlah satu ujian tetapi sebagai PELUANG! PELUANG?! ye PELUANG!!! PELUANG dan RUANG untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dia yakin yang Allah mengujinya adalah untuk meningkatkan darjah keimanannya.

Dia yakin Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya. Dia yakin Allah tetap sayang dirinya.

Apa yang penting dia tidak boleh berputus asa dengan Rahmat Allah. Sedarlah ujian yang kita tanggung ini hanya sekelumit cuma berbanding para Rasul dalam menegakkan syariat Allah di atas muka bumi.

Ujian ini hanya terlalu berbanding para sahabat dan para salafus soleh.. ye.. kkita tidak boleh membanding iman kita dengan iman mereka. Sebab itulah oleh uji dengan ujian yang termampu dek diri kita sahaja.

Wahai jiwa!! bangkitlah!! Janganlah kau berputus asa!! bangkitlah dari segala kemurungan yang membelenggu jiwa!!

Wahai jiwa!!lawan rasa malas mu.. lawan nafsu yang menjauhkan kau dari Allah..
lawan syaitan musuh Allah dan juga musuh dirimu..

LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

ALLAH LOVES ME!! ALLAH LOVES ALL OF YOU :-)

"Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian.
Baginya ujian adalah TARBIYAH dari ALLAH,
tanda kasih sayangNya juga penghapus dosa"