Friday, December 19, 2008

Dakwah dan Blog


"Walaupun bukanlah titisan darah yang mengalir dari bilahan mata pedang di medan perang, sekadar hanya sekadar titisan dakwat dari sebatang mata pena di atas helaian kertas, namun ianya tetap berharga & bernilai di sisi ALLAH, jika segala-galanya untuk Fisabillillah...!" salam JIHAD


itulah antara kiriman sms yang saya terima dari seorang sahabat. bila ku renung dengan teliti maksud sms itu baru saya faham tentang peri pentingnya penulisan dalam menyampaikan risalah dakwah.

Dakwah.. dakwah.. dakwah..

Apa itu dakwah?

Dakwah berasasal dari perkataan Bahasa Arab 'da'a' yang bermaksud mengajak atau menyeru. Dalam konteks ini dakwah bolehlah dikatakan satu perbuatan mengajak, menyeru, dan memanggil manusia kpd ALLAH dengan syariat yang telah ditetapkan. klik di sini


Dalam zaman yang serba canggih dan moden ini penguasaan ilmu teknologi amat penting. penting dalam segala hal, penting dalam bidang ekonomi, sosial, pertahanan dan tidak terkecuali dalam bidang dakwah.

Umat Islam seharusnya tidak ketinggalan dalam hal ini. Kerana, apa yang saya perhatikan pendakyah2 agama lain juga begitu aktif menyampaikan ajaran2 agama mereka melalui laman2 web dan juga blog.

Pada zaman ini boleh dikatakan hampir setiap individu mempunyai kemampuan untuk memiliki komputer ataupun laptop sendiri. Malah di pasaran dewasa ini terdapat pelbagai promosi2 akses internet seperti streamyx, broadband, wimax dan lain. Secara positifnya kita ini adalah peluang terbaik bagi kita umat Islam menceritakan keindahan Islam kepada masyarakat umum.

Mungkin ini permulaan bagi saya dalam penulisan blog ini.doakan saya diberi kekuatan untuk terus menulis dan menyampaikan risalah ISLAM yang saya cintai ini.

"Sampaikan dariku walau sepatah ayat"-Hadis