kala senja itu tiba.. kau termenung sendirian.. terasa diri ku ini.. jauh dari rahmat Tuhan..
Saturday, June 2, 2012
Kami menentang hiburan melampau!
Friday, April 13, 2012
Al Quran itu..

Al Quran itu..
Wednesday, December 21, 2011
Tolonglah ambil tahu!
- Golongan ahli ibadah. Bagi mereka tak perlu ambil tahu urusan-urusan umat Islam ini. Cukuplah mereka 'beribadah' di surau-surau, masjid-masjid. Mungkin dengan mengambil tahu urusan 'dunia' ini menjauhkan diri mereka dari Tuhan. Barangkali. Mereka hanya mementingkan agar mereka menjadi soleh dan solehah semata-mata. Apa guna jadi soleh-solehah kalau urusan umat Islam pun tak AMBIL TAHU!!
- Golongan orang kaya.Golongan kedua ini hanya ambil tahu urusan yang mendatangkan keseronokan, kemewahan, keuntungan diri mereka sahaja. Contohnya, kaki bola mereka cukup kenal pemain-pemain bola; tarikh lahirnya, kelab mana, anak pinak pemain bola dan lain. Contoh lain. Businessman. Mereka sangat ambil tahu tentang urusan perniaagaan mereka. untung rugi. Tak kesah lah kalau tak ambil tahu tentang urusan umat Islam, ditindas ke apa ke yang penting business aku untung.
- Golongan yang memang tak ambil kesah. Golongan katak bawah tempurung yang kena hempap dengan batu, tak keluar-keluar dari tempurung lagi teruk. Lantak lah semua urusan kat luar tu. yang penting aku boleh makan hidup, anak-anak aku membesar dah la.
Mudah-mudahan ia membantu menyedarkan kita semua.
عن حذيفة بن اليمان قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : « من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم ، ومن لا يصبح ويمسي ناصحا لله ولرسوله ولكتابه ولإمامه ولعامة المسلمين فليس منهم »
Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka. Sesiapa yang pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam)”
Hah?! Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan MEREKA? Siapa mereka itu?
orang ISLAM lah...
Ya Allah.. macam itu sekali eh? ok2..mulai 2012 ini aku berazam untuk ubah sikap aku. Aku akan lebih peka dan lebih ambil tahu urusan umat Islam.. time kasih bro
Saturday, March 5, 2011
Aku Digigit!!!
Saturday, January 1, 2011
Berjalan, bermusafirlah..
Sunday, December 19, 2010
Kehidupan seharian kita penuh dengan warna-warni. Ada kalanya hidup kita terasa indah dan bahagia. Kita rasakan kitalah insan paling bahagia di dunia. Namun ada kalanya kita diuji dengan kesedihan, kemurungan, kematian, kemalangan, kecelakaan dan segala macam perkara buruk yang ada di dunia ini.
Namun itulah lumrah putaran kehidupan manusia. Itu juga menunjukkan lemahnya kita sebagai hamba. Kelemahan, kekurangan adalah ciri membuktikan kita hanyalah hamba yang hina di sisiNya. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Yang menurunkan kesusahan adalah Allah. Allah jua yang memberikan kesenangan. Kita kena yakin dengan sepenuh hati kita mengenai perkara itu.
Ajaib sungguh kehidupan orang mukmin. Dalam setiap perkara pasti ada kebaikan. Jika dia ditimpa musibah dia bersabar. Itu kebaikan untuknya. Jika dia diberi kenikmatan dia bersyukur. Itu juga kebaikan. 2 sifat yang perlu dipupuk dalam diri seorang mukmin dalam mengharungi kehidupan ini ialah rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Rasa kehambaan.
Hamba Allah. Ya. Kita hamba Allah. Ada kalanya bila kita menderma kita hanya meletakkan nama ‘Hamba Allah’ sahaja. Alhamdulillah. Mungkin nak mengelakkan riya’. Namun sejauh mana kita merasakan kehambaan kepada Allah?
Rasa kehambaan yang menebal dalam jiwa mukmin akan menghilangkan atau memusnahkan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub, sum’ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Kita hanya faqir. Allah juga yang Maha Kaya. Lantas apabila rasa kehambaan dipupuk kita akan sentiasa berharap padaNya, berdoa padaNya dan memohon padaNya. Itulah hamba yang benar-benar hamba.
Seseorang hamba suka atau tidak, susah atau senang perlu mengerjakan setiap perintah tuanna. Begitu juga dalam konsep kehambaan kepada ALLAH. Kita hamba. Nak tak nak kita tetap perlu melaksanakan perintahNya. Kita melakukan amal dan meninggalkan segala larangan bukan semata-mata mahu ganjaran dariNya, tapi apa yang lebih penting adalah kita menyukakan Allah.
Rasa bertuhan
Rasa bertuhan adalah perlu seiring dengan rasa kehambaan. Rasa bertuhan bermaksud rasa ada Tuhan, rasa sentiasa diperhati.
Hari-hari sentiasa rasa ada yang memerhati. Setiap masa rasa ada yang Maha Kuasa. Setiap detik sentiasa rasa ada yang mencatat amalan.
Andai kita dapat merasakan perasaan-perasaan tersebut, secara automatic kita akan sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kita. Dalam kata lain kita akan bersifat wara’. Sifat takbur hanya selayaknya milik Allah.
Rasa bertuhan juga menjadikan mukmin itu lebih kuat, lebih yakin. Manakan tidak, apabila ada ujian dan masalah maka kita yakin Allah bersama kita. Siapa dan apa lagi yang lebih hebat dari ALLAH? Bila Allah tak mengizinkan sesuatu mudharat maka mudharat tersebut tetap tidak berlaku. Bila kita sedih, tiada tempat mengadu Allah ada. Mengadulah sepuas-puasnya di hadapan Allah. Subhanallah.
Rasa kehambaan dan rasa bertuhan ini tidak jauh beza dengan sifat mahmudah khauf (takut) dan raja’ (harap). Bila kita takut pada hantu kita akan harap pada dia ke? Tidak..
Tapi berbeza dengan Allah, lagi kita takut denganNya lagi kita dekat padaNya, lagi kita mengharap padaNya. Kenapa perlu takut? Sebab Allah Maha Kuasa, Perkasa. Ingat peristiwa tsunami? Letusan gunung berapi? Banjir? Bayangkan saat kita melakukan dosa turun bencana tersebut. Nauzubillah. Takutlah dengan ancaman seksaNya yang sangat2 pedih. Gigitan nyamuk pun kalah. Apatah lagi azab yang lebih pedih.
Kenapa pula perlu harap? Sebab.. kita tiada apa2. Segalanya dari Allah. Apa-apa pun dari Allah. Jadi, perlu la sangat-sangat kita harap padaNya. Malah dalam solat juga kita akui “hanya Engkau sahaja tempat kami menyembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan”. Wallahu ‘alam
Saturday, July 10, 2010
Isra’ & Mikraj : Mukjizat dan Ibrah

Surah Al Isra' : 1
Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat

Assalamualaikum kepada para pembaca
Sungguh indah kalam mulia salam ini. Dalam sapaan ada doa kepada saudara seakidah dengannya. Di Malaysia, di Palestine, di Indonesia, di UK, USA, German, India, Jepun semua umat Islam menggunakan kalimah sapaan beserta doa ini. Memberi salam sunah, dapat pahala malah menjawabnya menjadi wajib. Kenapa wajib jawab salam? Ye la.. orang dah doakan kebaikan kepada kita kenapa tidak kita juga mendoakannya dengan menjawab salam. Sudah cukup indah kehidupan Islam dalam memberi sapaan. Jadi tidak perlulah untuk salam-salam lain seperti salam 1Malaysia dan lain-lain. Sebelum saya mencoret lebih panjang dengan panjang lebar untuk kali ini rasanya ingin saya mengajak saudara-saudari pembaca untuk bersyukur kerana pada hari entry ini ditulis merupakan hari Isra’ dan Mikraj, 27 Rejab hari kebesaran umat Islam yang tidak patut dilupakan.
Seolah-olah sudah menjadi adat kebiasaan apabila tiba hari-hari kebesaran Islam maka di sana sini di corong-corong surau dan masjid akan kedengaranlah ceramah-ceramah berkaitan hari-hari kebesaran tersebut. Tidak terlepas peristiwa Isra dan Mikraj ini. klik
Bila disebut Isra’ dan Mikraj apa yang terlintas di kotak fikiran kalian? Naik langit. Buraq. Masjidil Haram. Masjid Al-Aqsa. Lagi? Apa ye? Peristiwa-peristiwa luar biasa, Abu Bakr membenarkannya sedang kafir Quraisy menafikan. Alhamdulillah. Betul la semua tu. Sekurang-kurangnya sesiapa yang terlintas apa yang saya nyatakan tadi maknanya kalian masih ingat dan ada asas berkenaan apa yang terjadi dalam peristiwa Agung ini. Bagi yang blur bila dengar tentang peristiwa ini maka koreksilah diri. Cubalah banyakkan membaca buku-buku agama. ingatan untuk diri sendiri juga sebenarnya.
Isra’ Mikraj bukanlah semata-mata bercerita, berceramah mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan Junjungan Agung Nabi Muhammad saw, tetapi apa yang lebih penting adalah ibrah dan pengajaran di sebalik apa yang telah diperlihatkan kepada Baginda saw.
Tuntutan solat 5 waktu
Kita sedia maklum antara peristiwa yang berlaku adalah perintah Allah kepada umat Islam untuk solat 5 waktu. Tak perlulah diceritakan dengan lebih teliti bagaimana peristiwa Nabi ulang alik berjumpa Allah untuk dikurangkan dari 50 waktu akhirnya menjadi 5. Betapa besarnya tuntutan solat sehingga Allah sendiri yang memberikan perintah solat tanpa perlu kepada perantaraan Malaikat Jibril. Kesian kepada Nabi mulia Muhammad saw. Baginda terpaksa menebal muka memohon discount dikurangkan jumlah waktu bersolat kerana Baginda tahu umatnya tidak mampu untuk menunaikan sebanyak itu. Walaupun kita hanya solat 5 waktu tetapi Allah mengekalkan nilai 50 waktu. Subhanallah. Maha Pemurah Engkau, Ya Allah.
Cuba kita congak sekejap. Satu hari 24 jam atau 1440 minit. Kalau ditakdirkan kita perlu solat sebanyak 50 kali dalam masa sehari maknanya lebih kurang setiap 28 atau 29 minit kita perlu bersolat. Tetapi sekarang tuntutan solat hanya 5 waktu sahaja. Diulangi 5 waktu!! Malangnya terlalu ramai umat ISLAM hari ini yang meringan-ringankan tuntutan solat. Mereka telah meruntuhkan agama dalam diri mereka!!. Golongan ini seolah memandang enteng azab-azab ALLAH bagi mereka yang meninggalkan solat. Sibuk sangat dengan urusan duniawi. Sibuk sangat dengan berhibur. Sibuk sangat dengan harta dan kekayaan. Kalau kena gigit nyamuk pun dah tak boleh tahan apatah lagi azab ALLAH yang amat pedih!!!!!
Gambaran kepedihan azab dan kesenangan nikmat
Bila diteliti peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad saw banyak perkara-perkara yang berbentuk azab dan tidak kurang juga janji Allah berupa kenikmatan bagi hamba-hambaNya yang soleh. Wahai gadis-gadis, makcik-makcik, datin-datin atau sesiapa sahaja yang dinamakan wanita Islam, tutuplah aurat kalian. Saya yang lelaki pun gerun bila tahu bahawa wanita yang tidak menutup aurat akan digantung pada rambutnya dan otaknya akan menggelegak dalam periuk. MasyaAllah. Meremang bulu roma. Kalau kawan tarik rambut pun dah sakit apatah lagi di hari pembalasan nanti. Bayangkan kalau tengah-tengah masak gulai di dapur tiba-tiba kita rendamkan kepala dalam periuk yang tengah menggelegak itu. Fuh.
Itu sebahagian dari azab yang telah diperhatikan kepada Baginda saw. Allah Maha Adil. Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj juga Allah perhatikan balasan baik bagi hamba-hambaNya yang menurut perintahNya. Rasulullah telah melihat pelbagai kenikmatan yang tidak ada di dunia. Antara pemilik-pemilik nikmat itu ialah mereka yang melazimkan dengan zikrullah dan taat kepada kedua ibu bapa. Subhanallah.
Lihatlah peristiwa-peristiwa Agung dengan mata hati. Apa yang penting ibrah dari sesuatu peristiwa itu bukanlah bermusim. Tetapi perlu sentiasa diamalkan. Moga Allah sentiasa membuka hati kita untuk sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang taat. Amin