Monday, June 4, 2012

Gerhana Bulan : Bukti Kebesaran Allah

Gerhana Bulan 
Allahu Akbar! Allah Maha Besar!


KebesaranMu Allah tiada tandingan. Tiada sekutu bagimu. Malam ini Allah membuktikan Dzatnya ialah Dzat yang Agung. Dia menunjukkan kepada hamba-hambaNya akan kekuasaan miliknya.


Gerhana bulan. Itulah yang terjadi pada malam ini. Gerhana bulan berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang mana kedudukan bumi berada antara matahari dan bulan. Ini menjadikan bayang-bayang bumi akan jatuh pada bulan dan menyebabkan bulan kelihatan gelap pada ketika itu.


Bulan itu makhluk. Matahari itu makhluk. Bumi juga makhluk. Makhluk itu benda yang dicipta. Sedang Khaliq pula ialah Pencipta.
Makhluk tiada kuasa. Khaliq (Allah) berkuasa penuh. Tiada tandingan baginya.


Orang mukmin memerhatikan sesuatu kejadian dengan mata hati. Lantas terbit di hati mereka rasa kerdil, hina lantas bertakbir membesarkan Allah, bertasbih memuji keagunganNya dan bertahmid menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang diberikan. 


Indah bukan kejadian alam ini. Siapa yang mengaturkan ini semua dengan sangat sistematik? Tidak lain tidak bukan Allah yang Maha Agung.Perjalanan matahari, bumi dan bulan berada pada paksinya. Tidak bertembung antara satu sama lain melainkan dengan izin Allah. Sedikit pun tidak melanggar perintah Allah. Bagaimana pula dengan manusia, makhluk yang paling mulia dan paling sempurna. Sombongkan kita?


Firman Allah:


وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ  وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ  لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 
Maksudnya :Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing

Allah yang menjadikan BULAN. Allah jualah yang menjadikan matahari. Allah jua yang menjadikan bumi, bintang-bintang dan seluruh alam jagat ini. Malah Allah jua yang menjadikan manusia ini. Kalau alam cakerawala  yang luas terbentang ini Allah juga boleh urus dengan baik, apatah lagi kita manusia yang kerdil ini. Hakikatnya manusia itu perlukan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Dia yang menciptakan kita. Namun, sedih bila manusia bersifat sombong dan memandai-mandai membuat hukum sendiri. Bagaimana undang-undang manusia yang bersifat lemah mampu menjadi undang-undang yang baik untuk sesama manusia? Masing-masing bersifat lemah, pemikiran terbatas. Tidak mampu mewujudkan peraturan yang terbaik.
Hukum dan peraturan Allah tetap terbaik! Kembalilah kepada hukum-hakam yang ditetapkan Allah kepada kita. Sesungguhnya agama (bac cara hidup) yang diredhai Allah hanyalah ISLAM!!

Sirna gerhana hanya sementara. Ia akan berlalu pergi. Sinar BULAN yang terang akan kembali!





Saturday, June 2, 2012

Kami menentang hiburan melampau!

Islam itu sifatnya indah. Islam juga sesuai dengan naluri dan fitrah manusia. Islam agama yang meraikan kepelbagaian fitrah manusia. Dalam kata lain sekiranya sesuatu jauh menyimpang dari fitrah manusia ia sama sekali bukannya dari Islam.

Islam agama yang unik. Ia sama sekali berbeza dari agama lain. Dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang besar semuanya ada aturan dan peraturan tersendiri dalam Islam

As Syahid Imam Hasan Al Bana dalam Kitabnya "Islam Dakwah yang Syumul" menyatakan "Antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama-agama, falsafaj-falsafah, ideologi-ideologi yang dikenal manusia ialah ciri asy syumul iaitu kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya yang merangkumi dan meliputi segala-galanya."

Begitu juga dengan hal hiburan!

Baru2 ini di negara kita yang tercinta ini telah diadakan sambutan hari belia. Program yang terbesar yang dijalankan adalah Himpunan Jutaan Belia yang diadakan di Putrajaya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan. Tidak dinafikan pelbagai aktiviti bermanfaat telah diadakan termasuklah booth kerjaya, jualan, dan pelbagai acara lagi.

Namun, agak sedikit kecewa apabila program itu turut dicemari dengan hiburan-hiburan yang melalaikan. Penganjur telah menjemput artis dari Korea. Konsert K-Pop yang menyajikan hiburan yang merosakkan belia! Pakaian yang sangat seksi dan mengghairahkan telah ditontonkan kepada anak-anak muda. 

Sedangkan anak-anak muda, belia-belia inilah yang bakal menjadi pemimpin-pemimpin masa hadapan? Adakah manusia yang masih ada iman di dada meredhai perbuatan-perbuatan ini? Adakah kita mahu melihat pemimpin pada masa hadapan adalah generasi yang rendah moral dan akhlaknya? Sekiranya itu yang berlaku generasi sekaranglah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Dikhabarkan ratusan ringgit malah hampir mencecah jutaan ringgit digunakan untuk membiayai konsert perosak akhlak anak-anak muda itu. Bayangkan wang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk pelbagai program yang bermanfaat yang mendidik jiwa dan rohani. Ceramah agama dari seorang ustaz yang tengah 'top' sekarang juga dibatalkan. Apakah program hiburan lebih diutamakan dari majlis ilmu?

Islam sama sekali tidak melarang manusia berhibur. Hati manusia memang perlukan hiburan. Islam itu indah. Islam tidak menentang fitrah manusia. Namun, dalam berhibur ada garis panduan yang telah ditetapkan.

Syeikh Wahbah Zuhaili menyebutkan syarat-syarat dibolehkan hiburan antaranya :
1) Tidak meninggalkan adab-adab Islam
2) Isi, tajuk lagu tersebut tidak menarik ke arah kemaksiatan dan perkara-perkara haram serta meninggalkan perkara-perkara wajib
3) Tidak disekalikan dengan kemaksiatan seperti dalam majlis yang bercampur dengan minum arak, berzina dan sebagainya
4) Larangan membawa masuk alat muzik ke masjid kerana masjid dibina untuk mengingati Allah dan solat.
Dua syarat lain ditambah oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi :
5) Lagu yang didengar tidak sampai terkesan atau kekal dalam diri pendengar sehingga merangsang syahwatnya dan mendorong ke arah fitnah
6) Tidak berlebih-lebihan kerana Islam melarang berlebih-lebihan dan sia-sia
Jika bentuk hiburan tersebut sudah bebas daripada unsur-unsur haram seperti di atas, maka para ulama’ berselisih pendapat mengenai keharusan hiburan tersebut:
1) Sebahagian daripada mereka mengharuskan nyanyian sama ada dengan alat atau tanpa alat bahkan menganggapnya sebagai mustahab (perkara yang digalakkan)
2) Sebahagiannya menghalang dengan alat, tetapi mengharuskan tanpa alat
3) Menghalang terus secara mutlak bahkan masih menganggapnya haram
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi menyimpulkan dalam fatwanya bahawa,:”Nyanyian secara zatnya adalah halal berdasarkan kaedah asal pada sesuatu adalah halal selagimana tidak datang bukti nas yang betul mengenai pengharamannya.”
Dinaqalkan daripada Ibnu Juraij bahawa hukum harusnya lagu ini juga mengambil kira faktor niat. Bukan semua lagu itu perkara yang sia-sia dan melalaikan akan tetapi hukumnya bergantung kepada niat seseorang. Niat yang baik menjadikan perkara yang sia-sia suatu perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, menjadikan gurauan kepada ketaatan manakala niat yang buruk menghapuskan amal yang zahirnya ibadat tetapi batinnya riya’.
Syeikh Wahbah Zuhaili mengatakan hukum mendengar nyanyian pula yang membenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan telah diharamkan oleh keempat-empat mazhab kecuali nyanyian dalam majlis perkahwinan, meraikan kelahiran, menyambut keraian untuk negara atau untuk tujuan merawat.

Kami mengharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai autoriti dalam hal-ehwal agama di negara ini akan memandang isu ini sebagai suatu serius. Anda perlu bersifat adil. Sekiranya suatu isu dari pihak B anda begitu lantang, begitu cepat mengeluarkan fatwa - haram dsb anda juga perlu bersifat lantang dan menyatakan yang haram itu haram jika pihak A yang melakukan atau yang menganjurkannya.

Kami sayang ISLAM. KAmi sayang negara kami. Kami bimbang sekiranya maksiat itu dipandang sebelah mata dan hanya dianggap perkara remeh seperti menghalau lalat yang hinggap di hidung, azab yang ditimpa bukan hanya pada pelaku maksiat dan orang yang bersekongkol dengannya sahaja, malah kami juga akan terkena seksanya. Nauzubillah. 

Kami Benci Maksiat!
Kami Benci Hedonisme!
Kami Benci Hiburan Terlampau!

kredit to: