Saturday, June 13, 2009

Pemergian Ustaz Fathi Yakan: Satu Kehilangan Besar


Hari ini selepas solat maghrib saya tergerak hati untuk membelek handphone saya kalau2 ada mesej atau miss call yang terlepas. Alangkah terkejutnya saya apabila membaca mesej dari sahabat saya Shahrin dari IPIS yang berbunyi seperti berikut:-

Slm.. brite yg bru dtrima dpd syria.. tokoh gerakan Islam yg sgt kta segani Sheikh Dr. Fathi Yakan pengarang buku Apa Erti Saya Menganut Islam telah meninggal dunia.. alfatihah..

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. Sesungguhnya dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Berita ini memang cukup mengejutkan dan menyedihkan bagi saya. Saya sangat mengagumi beliau sebagai seorang tokoh gerakan Islam yang sangat hebat. Malah bukunya yang mahsyur "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" beberapa kali saya membacanya. Malah tulisan beliau dalam buku tersebut sering kali menjadi rujukan utama dalam perbincangan-perbincangan usrah dan sebagainya.

3 perkara yang anak Adam tinggalkan apabila menyahut seruan Ilahi: anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat. Alhamdulillah sekurang-kurangnya Alfadhil Ustaz telah mewariskan ilmu yang bermanfaat kepada umat Islam hari ini.

Sehingga post ini ditulis, saya masih belum dapat mengetahui secara terperinci mengenai berita ini iaitu berkaitan bila dia menghembus nafas terakhir dan apakah puncanya. Namun, sebagai seorang Muslim, sama-samalah kita mendoakan agar beliau ditempatkan dalam orang-orang soleh dan diterima segala amalannya.Amin..

Namun, perkara paling penting walaupun kita semua sedih dengan pemergian ini, terutama bagi yang mengenali beliau, mengenali perjuangan beliau, kita perlu teruskan hidup ini. Selagi mana nyawa dikandung badan selagi itu perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini perlu diteruskan. Inilah perjuangan Islam! walaupun tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin yang ikhlas menegakkan agama Allah ini satu per satu pergi menemuiNya namun perjuangan Islam tidak pernah terkubur sebagaimana perginya pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dari dulu sehingga hari kiamat.

Berikut adalah sedikit biodata Alfadhil Ustaz Fathi Yakan yang dipetik dari sebuah blog

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?


Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah
ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.




Sunday, June 7, 2009

Konflik dalam diri!!



"JANGAN!!! aku kata JANGAN!!" imanku memberontak..

"takpe.. kali ni je..."nafsu pulak main peranan.

"tak boleh.. aku dah janji tak nak buat lagi.."

"ala orang lain bukan tau pun kau berjanji tak nak buat lagi pun"... nafsu semakin memainkan peranan...

"tapi aku janji dengan Allah!!"... iman masih tegar melawan..

"ala.. nanti taubat la balik.."...

Inilah yang selalu terjadi dalam diri manusia. Pertembungan iman vs nafsu, pertembungan iman vs syaitan yang tidak pernah putus sehinggalah roh kite kembali pada Pencipta diri. Adakalanya pertembungan ini dimenangi iman adakala nafsu dan syaitan berjaya menguasai diri.

Adakalanya pertembungan ini berlaku dalam keadaan mudah je salah satu pihak nak menang. Tapi ada kalanya pertembungan ini sangat sukar sehingga menyiksa diri. Itulah yang menyebabkan selalunya berlaku konflik dalam diri..

Susahnya nak membuat pilihan. Hati ingin sekali melakukan kebaikan dan kebajikan. Berebut-rebut mencari pahala dan redha Allah. lebih bersemangat kalau baru je balik dari program-program agama macam ceramah dan sebagainya. tak pun bila dengar nasyid2 yang menyubur jiwa.. lantaran ketika itu iman lah yang menang. bersungguh-sungguh dalam amalan. Masa tu la kembali menjaga solat awal waktu, semangat ke kedai buku membeli buku-buku agama, alquran tak tinggal dengan terjemahannya sekali.

Namun nafsu dan syaitan yang tewas ketika itu tidak pernah rase putus asa untuk terus memujuk merayu. Sekali kalah tidak semestinya kalah selama-lamanya! itulah nafsu.. dan itulah juga syaitan. Akhirnya kita tewas juga bukan sekali tapi berkali-kali. begitulah silih berganti..

Lagi kuat kita mencari cinta Allah, lagi kuat jugalah iman diuji. Lagi banyak amalan lagi banyak dugaan. Lagi dibuang jauh-jauh perkara yang menjauhkan dari Allah lagi dekat dia datang.Mungkin inilah yang diceritakan dalam lagu Damba Kasih-Inteam

"Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu"

Namun bagi orang yang bersangka baik dengan Allah, menganggap ujian ini bukanlah satu ujian tetapi sebagai PELUANG! PELUANG?! ye PELUANG!!! PELUANG dan RUANG untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dia yakin yang Allah mengujinya adalah untuk meningkatkan darjah keimanannya.

Dia yakin Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya. Dia yakin Allah tetap sayang dirinya.

Apa yang penting dia tidak boleh berputus asa dengan Rahmat Allah. Sedarlah ujian yang kita tanggung ini hanya sekelumit cuma berbanding para Rasul dalam menegakkan syariat Allah di atas muka bumi.

Ujian ini hanya terlalu berbanding para sahabat dan para salafus soleh.. ye.. kkita tidak boleh membanding iman kita dengan iman mereka. Sebab itulah oleh uji dengan ujian yang termampu dek diri kita sahaja.

Wahai jiwa!! bangkitlah!! Janganlah kau berputus asa!! bangkitlah dari segala kemurungan yang membelenggu jiwa!!

Wahai jiwa!!lawan rasa malas mu.. lawan nafsu yang menjauhkan kau dari Allah..
lawan syaitan musuh Allah dan juga musuh dirimu..

LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

ALLAH LOVES ME!! ALLAH LOVES ALL OF YOU :-)

"Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian.
Baginya ujian adalah TARBIYAH dari ALLAH,
tanda kasih sayangNya juga penghapus dosa"